Welcome Blog


Rabu, 25 September 2013

10 Tips Praktikal Berpisah Susu..=)

Berikut 10 cara praktikal berpisah susu yang boleh membantu anda menghentikan penyusuan bayi anda.

1. Jangan Tawar Dan Jangan Tolak
Ia merupakan cara paling selamat dan efektif untuk berpisah susu. Berikan susu apabila anak minta dan jangan sesekali menolak jika anak mahu menyusu. Namun, konsep ini perlu diaplikasikan bersama beberapa cara di bawah untuk mempercepatkan proses berpisah susu.

2. Mengubah Rutin Harian
Anak anda pasti mempunyai rutin harian untuk menyusu. Contohnya dia akan menyusu jika anda berada di sofa yang selalu diduduki. Oleh itu, elakkan diri daripada duduk di sofa berkenaan agar dia lupa tentang rutin yang biasa dilakukan.

3. Pertolongan Daripada Ayah
Ayah perlu memainkan peranan dengan mengalihkan perhatian anak yang mahu menyusu dengan melakukan aktiviti lain seperti menonton televisyen kegemarannya, bermain alat permainan kesukaannya, membaca buku atau melakukan apa sahaja jenis aktiviti yang diingininya ketika itu.

4. Alihkan Perhatiannya
Kadang kala apabila si anak leka bermain, dia terlupa untuk meminta susu. Gantikan sesi penyusuan yang patut diterimanya dengan memberi snek berkhasiat seperti buahan atau roti. Anda juga boleh membawanya ke taman permainan pada waktu yang biasanya dia meminta susu.

5. Lengahkan Sesi Penyusuan
Melewatkan penyusuan adalah efektif jika anak anda lebih berusia dan boleh memahami penerangan anda. Tangguhkan waktu menyusu iaitu memberitahunya untuk menunggu sebentar. Gantikan dengan aktiviti lain juga boleh menjadi cara yang berkesan untuk menghentikan penyusuan.

6. Memendekkan Tempoh Penyusuan
Cara ini berkesan untuk anak berusia yang dua tahun ke atas. Memendekkan tempoh penyusuan dengan cara memberitahunya sedikit sahaja mama beri ya sebab abang/ kakak sudah besar. Sedkit demi sedikit akan mengurangkan kebergantungannya kepada susu ibu.

7. Memberitahu Secara Berhemah
Bagi yang si kecil berusia setahun ke atas sudah boleh memahami arahan yang diberikan. Jadi, tunjukkan contoh-conoh orang dewasa yang tidak minum susu ibu. Dia pasti teruja apabila diberi kesempatan menjadi orang dewasa.

8. Kurangkan Penyusuan
Dalam sehari mula kurangkan sesi penyusuan terutamanya di waktu malam. Ini membolehkan penghasilan susu ibu berkurangan secara semulajadi dan pada masa yang sama membolehkan anak anda menerima perubahan itu.

9. Adalah Baik Jika Anda Tidak Menghentikan Penyusuan Susu Secara Tiba-Tiba
Hal ini akan mengganggu emosi anak malah menjadikan diri anda tidak selesa. Anda sendiri berkemungkinan mengalami masalah seperti payudara bengkak atau mastitis berikutan susu ibu tidak dikosongkan dengan sebaik-baiknya. Pendekatan terbaik ialah tidak melakukannya secara tergesa-gesa.

10. Petua-Petua Lama
Terdapat juga petua-petua orang lama untuk membolehkan anak bercerai susu. Apapun, dapatkan pandangan pakar sama ada cara yang digunakan boleh meninggalkan kesan yang kurang baik kepada si kecil.

Sumber daripada 
http://bidanbersalin.blogspot.com

Cara Terbaik Untuk Putuskan Susuan Dengan Anak..=)

Assalamualaikum.
Kalau ikutkan hati,aku rela menyusu Madiihah hingga cukup 2 tahun tetapi dengan kerjaku dan keadaanku yang mengandung,membuatkan aku tak mampu untuk terus menyusukan Madiihah.Sebulan sebelum bulan puasa,runsing juga memikirkan cara untuk Madiihah berhenti dari menyusu badan.

Madiihah bukan sepenuhnya minum susu badan.Selang seli dengan susu formula kerana susu aku tidak banyak hingga untuk diperah dan disimpan.Madiihah pula bukan jenis yang suka minum susu yang disimpan.Apabila mengandung anak kedua,setiap kali Madiihah menghisap susu,aku menahan kesakitan.

Setiap waktu ketika menyusukan Madiihah,aku akan bercakap dengan nada yang lembut.Ini antara kata-kata yang aku ucapkan berulang kali ketika Madiihah menyusu dan selalunya sehingga Madiihah tertidur.

"Madiihah anak yang bijak.Anak solehah.Anak yang baik.Madiihah akan jadi kakak.Kena berhenti minum susu Ma.Susu ini untuk adik pula.Ma abah sayang Madiihah."

Alhamdulillah,tanpa perlu dipaksa bermula bulan Ramadhan,Madiihah terus berhenti menyusu badan.Gembira kerana Madiihah seperti memahami tetapi pada masa yang sama aku sedih kehilangan saat indah menyusukan Madiihah.Terima kasih anakku kerana memahami.Ma sayang Madiihah.

Ujian Minum Air Gula..=)

Assalamualaikum.
Semasa mengandungkan Madiihah,tekanan darah aku selalu tinggi walaupun cukup rehat sebelum pemeriksaan bulanan di klinik kesihatan ibu dan anak.Mengandung kali ini pula yang merungsingkan adalah bacaan gula dalam darah.Disebabkan keputusan ujian bacaan gula dalam darahku yang pertama di paras berjaga-jaga,aku dikehendaki mengulangi ujian tersebut pada minggu ke 32 kehamilanku.

3 minggu sebelum itu,berat badanku terlebih naik 2kg dari yang sepatutnya menyebabkan aku perlu mengambil tekanan darahku selang 2 kali sehari.Aku mula berpantang mengurangkan minum dan makan manis sepanjang 3 minggu itu.

Hasilnya,berat badanku turun sebanyak 2kg walaupun aku makan nasi seperti biasa.Kedudukan uriku yang berada di bawah sebelum ini pun telah berada di kedudukan yang sepatutnya.Alhamdulilah.

Preggy Fotografi

Assalamualaikum.
Semasa mengandungkan Madiihah,tak ada pun keinginan yang tinggi untuk mengambil gambar masa sarat mengandung.Kebetulan adik perempuanku ada datang ke rumah,pada petang yang sesuai cuacanya,aku membuat satu sesi fotografi bersama suami dan Madiihah di taman permainan berdekatan.

Hasilnya,walaupun hanya seorang amatur yang mengambil gambar kami,ia tetap nampak cantik di mata kami.Ia sebagai kenangan yang indah sebelum aku melahirkan anak kedua nanti.Tak tahu lagi dapat mengandung lagi memandangkan jarak anak pertama dengan anak yang kedua ini hanya setahun 10 bulan.