Welcome Blog


Sabtu, 3 Januari 2015

Resepi Mesti Cuba : Ayam Goreng Kunyit

Assalamualaikum.Hari ini nak habiskan baki ayam yang lama sebab sudah beli ayam baru.Konsep first buy first out lah kiranya.Ayam lama-lama dalam peti sejuk pun tak sedap.Jadi nak kongsi resepi mudah sebab satu lauk lengkap dengan sayur.Lagi banyak sayur lagi sedap tapi suami cuma berjaya belikan lobak merah.Stok bunga kobis dan jagung kecil itu tiada di pasaraya dekat rumah ini.Jom masak!

AYAM GORENG KUNYIT

Bahan-bahan
1 ½ biji bawang besar
6 tangkai cili padi - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk
1 batang serai -  dihiris
10 tangkai kacang buncis dipotong
½ batang lobak dipotong memanjang
½ kiub ayam
Sedikit garam atau sos ikan
1 sudu cuka makan
Minyak

Bahan Perapan Ayam
Ayam bahagian dada dipotong dadu
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu lada hitam (pilihan)

Campur kesemua bahan ini dan perap sekejap.Lagi lama diperap lagi sedap.

Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak dan goreng ayam yang sudah diperap tadi.
2. Goreng garing boleh, nak goreng garing separuh masak pun boleh.
3. Nanti bila ayam sudah masak,boleh nampak ayam akan kering.
4. Angkat ayam dan toskan.
5. Menggunakan minyak yang sama tapi kuali yang lain untuk elakkan kesan hangit (sebab ayam tadi ada gula jadi nanti ada kerak) masukkan dulu bawang putih yang diketuk.
6. Kemudian,masukkan semua bahan hiris macam bawang dan sayur.
7. Masukkan ayam yang digoreng awal tadi.
8. Perasakan dengan garam atau sos ikan,setengah kiub ayam,gula dan cuka.
9. Akhir sekali masukkan dalam setengah biji lagi hirisan bawang besar sebab bawang besar awal-awal tadi sudah layu.

Terpulang nak letak sayur selain resepi asal.Letak ubi kentang pun tiada masalah.Yang penting seimbangkan rasa.Panas-panas makan dengan kicap manis memang akan menambah.Tak percaya?Wajib cuba resepi ini.Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan