Welcome Blog


Khamis, 1 Januari 2015

Terima Kasih 2014.Selamat Tiba 2015.

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum.Bicara pertama di tahun 2015.Apa yang dapat disimpulkan sepanjang tahun 2014 banyak perkara di luar jangkaan yang berlaku.Tak pernah aku membayangkan akan mendengar kapal terbang Malaysia akan hilang tanpa dikesan dan paling menyayat hati terhempas.Amat menyedihkan melihat keadaan ahli keluarga yang kesedihan meratapi kehilangan ahli keluarga mereka.Semoga Allah memberikan kalian semua kekuatan menempuh dugaan di sebalik musibah ini.
2014 juga menyaksikan musim kemarau menguji beberapa buah negeri.Sebenarnya, keadaan kemarau yang berpanjangan ini berlaku kerana perubahan iklim global.Kebanyakan negara akan mengalaminya,bukan hanya di Malaysia.Singapura antara salah satu negara yang agak kritikal.Cuaca kering yang melanda negara tersebut pada tahun ini adalah yang terburuk sejak tahun 1969.
Banjir yang melanda negeri-negeri di Malaysia mencatatkan yang terburuk setakat ini. Kelantan yang paling terjejas teruk. Terengganu, Perak, Pahang, Johor pun turut mengalami banjir teruk. Mangsa banjir dilaporkan semakin meningkat setiap hari. Kelantan sudah mulai surut, tapi di Perak dan Pahang semakin teruk. Bersama-samalah kita berdoa semoga banjir yang melanda negara kita cepat surut di kesemua negeri.
Apa sahaja yang telah berlaku sebenarnya Allah sayangkan kita.Hanya insan terpilih sahaja diuji.Jika ujian itu dilalui dengan sabar dan redha,InsyaAllah besar ganjarannya di sisi Allah.Semoga tahun 2015 memberikan kita semua permulaan dan perubahan yang positif.Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan