Welcome Blog


Selasa, 24 Februari 2015

Fasa Kehilangan Selera Makan

Assalamualaikum.
Selera makan mula berkurangan.Nak makan ayam pun tak sedap.Hari ini minta suami belikan ikan kembung.Nak masak singgang ikan.Cicah dengan budu dan timun.Sangat best makan lauk itu sahaja.

Memang beginilah yang akan ku hadapi tiap kali mengandung.Fasa kehilangan selera makan.Aku mungkin bertuah sebab tak pernah alami morning sickness sepanjang kehamilan lalu namun fasa kehilangan selera ini tetap satu ujian getir buat ibu mengandung.

Bayangkan makan sikit pun tak lalu sedangkan makanan itulah kegemaran sebelum ini.Kesian suamiku kadang-kadang buntu nak belikan aku lauk yang mampu menambat selera.Berat badan pun akan menyusut beberapa kilo tapi taklah sampai kurus.

Hari ini nak kongsi singgang ikan yang sangat ringkas untuk memasaknya.Jom masak!

Singgang Ikan Kembung

Bahan-bahan
8 ekor ikan kembung
6 ulas bawang putih
10 biji cili padi
1 inci lengkuas
1 keping asam keping
Air dan garam secukup rasa

Cara Penyediaan
1. Masukkan air,bawang putih,lengkuas,cili padi dan biarkan mendidih.
2. Kemudian masukkan ikan kembung dan asam keping.
3. Biarkan sehingga ikan kembung masak.Perasakan dengan sedikit garam.
4. Siap untuk dimakan.

Hidangan ini sedap sangat bila dimakan sama ada dengan budu atau sambal belacan.Budu diperahkan dengan limau nipis dan ambil cili padi yang dimasak di dalam singgang ikan kembung tadi.Alhamdulillah.Seleralah makan aku hari ini.Selamat mencuba!

Mengandung Lagi?!!!

Assalamualaikum.
Rasa macam sudah lewat seminggu aku tidak dikunjungi 'kawan baik' ku setiap bulan itu.Mulut pula terasa pahit.Nak makan masam-masam dan minum manis-manis.Apabila Naziihah menyusu terasa sakit.Apakah ini tandanya aku mengandung lagi?Aku cuba berfikiran positif bahawa aku mungkin lambat period disebabkan aku sakit sebelum ini dan makan ubat yang menganggu proses semulajadi badan.Hormon jadi tak stabil.Tapi tak adil kalau aku makan sesuka hati dan memberi kesan kepada kandunganku jika betul aku mengandung maka ujian kehamilan harus dilakukan.

18 Januari 2015
Ketika keluar menikmati pizza bersama suami dan anak-anak,aku sebelum itu singgah di 7 Eleven untuk membeli alat ujian mengandung.Selesai memesan makanan,aku ke tandas untuk melakukan ujian.Akhirnya terjawab sudah apabila dua garisan muncul dari alat ujian itu.Sangat jelas menandakan aku sudah mengandung dalam 5 minggu dari tarikh hari pertama periodku yang terakhir.Dalam kita merancang,perancangan Allah lebih hebat.Im gonna be mother for the third time!

Sama sahaja situasi semasa aku tahu aku mengandungkan Naziihah.Usia Madiihah ketika itu 1 tahun 2 bulan dan aku melahirkan Naziihah ketika usianya 1 tahun 10 bulan.Ikut pada tarikh jangkaan bersalin,aku akan melahirkan anak ketiga ini pada 15 September 2015 pada usia Naziihah hampir 1 tahun 10 bulan.Apakah anak-anak seterusnya aku akan lahirkan pada jarak umur yang sama?

Bercampur baur perasaan ketika ini.Ingatkan aku nak jarakkan kelahiran seterusnya sekurang-kurangnya pada 2016.Rezeki Allah beri takkan kita nak menolak.Akanku teruskan kehamilan ini.Kita tak tahu dalam ramainya anak kita,siapa yang akan mendoakan kita apabila kita sudah meninggal dunia nanti.Aku yakin ada hikmah aku mengandung lagi.Aku tak publishkan post ini kerana aku nak menunggu masa yang sesuai untuk hebahkan tentang kehamilanku ini.Bukan aku tak gembira dengan kehadirannya cuma kali ini biarkan ia menjadi satu kejutan yang istimewa.

Wahai anak ketigaku,tumbuhlah dengan sihat dalam kandunganku.Ma akan menjagamu dengan sebaiknya hingga kau selamat dilahirkan.Semoga Allah permudahkan kehamilan Ma kali ini seperti dua kehamilan sebelum ini.Aamiin.

Rabu, 18 Februari 2015

Syukur Rezeki Itu Masih Milik Kami

Assalamualaikum.
Hari ini aku sedikit kurang sihat.Pening melebihi tahap biasa.Jadi nak taknak perlu ke klinik untuk mendapatkan MC.Dapatlah aku scan baby ku sekali alang-alang ke klinik.Sebenarnya risau kerana scan yang pertama kali hanya nampak kantung baby sahaja.Namun ku harus lakukan juga scan ini untuk memastikan baby ku membesar sebagaimana sepatutnya.

Ya Allah sebak apabila melihat dirinya bergerak-gerak ketika scan.Doktor juga mengatakan semuanya dalam keadaan yang baik.Jadi secara rasminya,aku mengandung buat kali ketiga.Ikut pada keputusan scan,baby ku berusia 9 minggu 2 hari tapi pada tarikh hari pertama haid terakhirku sudah 10 minggu.Bezanya kurang seminggu jadi tarikh dijangka bersalin tidak berubah iaitu 15 September 2015.

Rezeki Allah memang tidak dijangka.Walaupun rasanya secara logik baby ku tidak dapat bertahan kerana pemakananku yang sesuka hati,pengambilan ubat dan vitamin yang tidak sepatutnya diambil semasa mengandung sebelum aku mengetahui yang aku mengandung mampu menyebabkan aku kehilangannya namun ia tetap kukuh membesar di dalam rahimku.Alhamdulillah.Semoga dipermudahkan segala urusanku untuk kehamilan ketiga ini.Aamiin.

Sabtu, 14 Februari 2015

Kisah Anak Peminta Sedekah

Assalamualaikum.
Pagi ini balik dari kerja syif malam tadi,aku dan teman sekerja setuju untuk ke pasar tani di Salak.Ramai sungguh manusia.Parking pun sesak keluar masuk kereta.Bergantung pada nasib jika dapat parking yang berdekatan dengan pasar itu.
Inilah pertama kali aku menjejakkan kaki ke pasar tani ini.Ada kedai baju,kuih muih,kelengkapan rumah,bahan mentah untuk masakan dan sebagainya.Yang best sebab banyak kedai dengan makanan.Semuanya nampak sedap dan menyelerakan.Jadi sebaiknya jangan datang ketika perut kosong.Memang akan rasa nak beli semuanya seperti bulan puasa.
Aku perhatikan ada seorang peminta sedekah memangku anaknya yang sedang tidur,seusia anakku Madiihah.Bercampur baur perasaan kerana aku tak suka bila peminta sedekah membawa anak mereka bersama tapi pada masa yang sama berasa sebak dan sayu.Kali pertama aku lalu di hadapan mereka,aku tidak menghulurkan sedekahku kerana wang yang ada padaku nilainya besar.
Aku perlu berjimat cermat kerana gajiku pada bulan ini belum layak aku dapat disebabkan aku telah bercuti setahun tanpa gaji sebelum ini.Proses gaji akan makan sedikit masa untuk dikemaskini dan berdasarkan kehadiranku selama beberapa bulan di tempat kerja.Ya Allah nak bersedekah pun perlu berkira ke???Rasa kerdil juga diri ini.Sebab itu aku ingin jadi muslimah yang kaya agar dapat membantu mereka yang memerlukan tanpa perlu mengira nilainya.Doakan menjadi kenyataan.Aamiin.
Selepas selesai membeli daging,aku menuju ke arah perempuan itu dan anaknya.Nampak ada kedai yang menjual buku mewarna dan pensil warna.Ku beli untuk hadiahkan pada anak perempuannya.Ketika ku hulurkan sedekah dan hadiah yang tak seberapa itu,anaknya masih tidur.Ku sentuh dahinya untuk mengetahui sama ada anaknya demam ataupun tidak.Alhamdulillah sihat jadi aku anggap ibunya menjaga dengan baik dan bukan mempergunakan kesakitan anaknya untuk mengemis.
Sambil menunggu teman sekerja ku membeli barang-barang mereka,ku lihat anak perempuan itu sudah terjaga dan ibunya memberikan hadiahku itu kepada anaknya.Bahagia melihat anaknya tersenyum gembira sambil memegang buku mewarna tersebut.Ibunya menunjukkan pada anaknya bahawa aku yang memberikannya hadiah itu.
Aku bertanyakan sama ada anak kecil itu sudah makan atau belum tapi kurang kedengaran jawapannya.Aku membelikan mereka berdua minuman untuk menghilangkan dahaga.Ucapan terima kasih tidak lekang dari mulut anak itu.
Simpati walaupun tiada sebarang kecacatan pada mereka berdua namun mungkin desakan hidup membuat ibunya mengemis.Itu urusan ibunya dengan Allah jika dia menipu tetapi bagiku biarlah kita ikhlaskan pemberian kita pada peminta sedekah ini kerana dalam bahagian rezeki kita ada bahagian manusia lain.
Pemberian kecil yang mampu mengundang kegembiraan anak itu adalah sesuatu yang amat bererti bagi diriku.InsyaAllah,ada peluang lagi kita bertemu.Semoga ibunya berusaha memperbaiki hidup mereka ke arah yang lebih baik.InsyaAllah.

Selasa, 3 Februari 2015

Pengiraan Usia Kehamilan Mengikut Bilangan Hari

Assalamualaikum.
Selalu bila mengandung,kita selalu gunakan pengiraan menggunakan aplikasi untuk mengira usia kandungan kita.Ada yang mengira menggunakan bulan.Aku lebih suka menggunakan jadual di bawah untuk mengetahui usia kandunganku.
9 bulan 10 hari bersamaan dengan 40 minggu.Seminggu bersamaan 7 hari.Apabila seminggu didarabkan 4 bersamaan 28 hari.Sebulan bersamaan 30 hari jadi setiap 4 minggu 2 hari bersamaan dengan sebulan usia kandungan kita.

Ini hanya sekadar pengetahuan am untuk ibu-ibu.Saiz bayi dalam kandungan juga mempengaruhi usia kandungan sebenarnya.Apapun,jaga kandungan kita sebaik mungkin dengan pemakanan seimbang,rehat yang mencukupi dan pengambilan suplemen.